Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Paramedik, dengan tegas mendesak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk memberi penjelasan 10 PERKARA kepada rakyat mengenai isu yang menjadi kebimbangan utama kami:
1. Ketelusan dalam Pembelian Ubat-Ubatan & Vaksin Covid-19
Kami ingin meminta penjelasan dari KKM mengenai ketelusan dalam pembelian ubat-ubatan dan vaksin. Isu harga yang memerlukan penjelasan mendalam untuk memberi keyakinan kepada rakyat Malaysia bahawa setiap perbelanjaan adalah berbaloi dengan manfaat kesihatan. Kami berharap KKM dapat memberikan penerangan lengkap mengenai proses kriteria pemilihan ubat-ubatan termasuk vaksin. Penjimatan perbelanjaan boleh disalur untuk membantu rakyat yang memerlukan.
2. Pampasan / Wang Ehsan
Kami menyuarakan keperluan untuk penubuhan satu laman portal rasmi bagi aduan kesan sampingan akibat vaksinasi yang sehingga kini tidak ada! Kami menyarankan agar terdapat mekanisme yang jelas untuk memberi pampasan pada setiap kes kematian dan Adverse Events Following Immunization (AEFI) yang berkaitan dengan vaksin. Pemantauan yang terperinci mengenai kesan sampingan ini adalah penting untuk memastikan transparansi dan keadilan dalam memberi pampasan kepada rakyat yang terkesan.
3. Warga Frontliner
Kami ingin menekankan kepentingan menghormati hak warga frontliner untuk membuat pilihan vaksinasi tanpa tekanan. Kematian frontliner adalah kerugian besar kepada negara, oleh itu, wajar bagi pihak berkuasa menyediakan saluran bagi keluarga yang terkesan untuk mencari keadilan dan pembelaan. Memastikan kebebasan untuk membuat keputusan vaksinasi dan memberikan ruang untuk proses undang-undang adalah langkah penting dalam menghargai jasa frontliner.
4. Penglibatan Pakar-Pakar Perubatan Bebas
Kami ingin mendapatkan penjelasan mengenai mengapa tidak melibatkan pakar-pakar perubatan bebas dalam proses keputusan dan pandangan berkaitan dengan vaksinasi atau rawatan termasuk dari Luar Negara? Kami percaya bahawa melibatkan pakar-pakar dari pelbagai aliran perubatan, termasuk alternatif atau bebas, dapat memberikan perspektif yang lebih seimbang dan holistik. Adakah terdapat pelan atau langkah-langkah yang diambil untuk memastikan pelibatan pakar-pakar ini dalam proses membuat keputusan berkaitan dengan kesihatan masyarakat?
5. Galakkan Penggunaan Ubat-Ubatan Alternatif
Kami ingin mendesak KKM untuk memberi galakan kepada penggunaan ubat-ubatan alternatif selain hanya vaksinasi dan memastikan rakyat mempunyai pilihan rawatan yang sesuai dengan keperluan kesihatan mereka sendiri. Perlunya penyediaan maklumat dan sokongan untuk penggunaan pendekatan perubatan alternatif dapat memberikan kebebasan kepada individu dalam memilih cara penjagaan kesihatan yang mereka yakini. Adakah KKM mempunyai inisiatif khusus untuk menyokong dan memberi maklumat tentang penggunaan ubat-ubatan alternatif kepada masyarakat? Sebelum ini rawatan alternatif sudah terbukti dalam menangani wabak.
6. Bukti Kewujudan Virus Covid-19
Kami ingin meminta penjelasan dari KKM berkenaan dengan bukti kewujudan virus COVID-19. Adakah KKM telah menjalani proses isolasi virus dengan melibatkan kepakaran tempatan ataukah bergantung sepenuhnya kepada kajian pakar luar negara? Kami ingin mengetahui sejauh mana kajian terperinci telah dilakukan. Penjelasan mengenai proses isolasi, kriteria yang digunakan, dan penyelidikan yang telah dijalankan oleh pakar tempatan akan membantu memahami keseluruhan proses pengesanan dan pengenalpastian virus. Yang kami difahamkan ianya dalah hanya virus seperti penyakit influenza.
7. Penggunaan PPE terhadap pesakit Covid-19
Kami ingin mendapatkan penjelasan mengenai penggunaan PPE (Personal Protective Equipment) oleh petugas yang merawat pesakit Covid. Mengapa, walaupun WHO mengisytiharkan Covid sebagai penyakit selsema bermusim, petugas masih memakai PPE sepenuhnya? Adakah tindakan ini berasaskan keperluan keselamatan sebenar atau sengaja dilakukan untuk mencipta ketakutan dalam masyarakat?
8. Data kematian tinggi (Excess Death) selepas pasca vaksinasi
Kami mengambil maklum bahawa data kematian di Malaysia menunjukkan peningkatan yang ketara selepas pelaksanaan program vaksinasi pada tahun 2022 berbanding 2021. Menurut data daripada Jabatan Perangkaan Malaysia, terdapat kenaikan sebanyak 28% dalam kematian dibandingkan dengan lima tahun sebelumnya, di mana kenaikan purata hanya 3%. Ini adalah fenomena seluruh dunia dan beberapa negara maju sudah sedar akan hal ini. Kami mengharap KKM dapat menjalankan siasatan segera untuk mengkaji kaitan antara program vaksinasi dan peningkatan kadar kematian.
9. Vaksin Booster, Paxlovid dan Ditidurkan (Sedation)
9.1 Kami ingin mendapatkan penjelasan dari KKM mengenai keperluan Vaksin Booster dan Paxlovid untuk merawat/mengawal wabak Covid-19. Dengan adanya banyak data mengenai kejadian Adverse Events Following Immunization (AEFI) termasuk kadar kematian selepas pasca vaksinasi, apakah kaedah-kaedah ini sesuai?
9.2 Ubat antiviral Paxlovid yang diberikan kepada pesakit Covid adalah tidak berkesan, malah terdapat kesan sampingan akibat dari pengambilan Paxlovid seperti gatal-gatal, masalah menelan atau bernafas, bengkak mulut, bibir, atau muka, sesak tekak, suara serak, ruam, deria rasa yang berubah atau terjejas seperti yang dilaporkan oleh Yale Medicine https://www.yalemedicine.org/news/13-things-to-know-paxlovid-covid-19. Kami ingin tahu adakah ia sudah diujikaji?
9.3 Kaedah Peniduran kepada pesakit, kami meminta KKM memberi Justifikasi Ditidurkan (Sedation) adakah ia melampaui Guideline KKM? Kami juga ingin meminta KKM untuk keluarkan data kadar kematian selepas prosedur ditidurkan.
Bagaimana KKM memastikan keselamatan rakyat dan pada yang sama keberkesanan kaedah perubatan yang tidak membazir sumber kewangan negara?
10. Immunization Agenda 2030
Adakah KKM mempertimbangkan melaksanakan agenda vaksinasi Immunization Agenda 2030 (termasuk IHR) oleh World Health Organization (WHO) yang mencadangkan 500 suntikan vaksin bagi setiap individu rakyat Malaysia di masa hadapan dan perundangan Draconian yang menekan rakyat.
______________________________________________________________
PPIM & NGOs Paramedik:
1. Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM).
2. Malaysian Association of Advancement of Functional & Interdisciplinary Medicine (MAAFIM)
3. Malaysian Alliance for Effective COVID-19 Control (MAECC)
4. Malaysian Council for Health (MCH)
5. Pertubuhan Sukarelawan ANSAR Malaysia
Коментарі