top of page
Writer's pictureCONSUMER RATING RESEARCH

509. RAMAI VETERAN ATM MISKIN TEGAR YANG TIDAK DI PEDULIKAN

Ini adalah cerita yang sama dan sudah lapuk dari dulu lagi dari orang2 politik dari bangsa melayu sendiri. Ini adalah skrip yang sama yang sudah lapok di gunakan oleh pemimpin-pemimpin melayu yang gila kuasa.


Tahu kah Menteri2 melayu dan pemimpin-pemimpin melayu bahawa yang paling tegar miskin adalah veteran ATM yang pencen sebelum 2013 termasok pegawai berpangkat tinggi. Veteran ATM yang tak berpencen lagi teruk. Terdapat lebih dari 25 ribu bekas tentera yang di berhentikan kerana kesalahan kecil yang hidup merempat. Mereka lupa kalau tidak kerana veteran-veteran ini berkorban mempertahankan negara, malaysia ini mungkin sudah jadi negara komunis. Kemungkinan mereka tak merasa jadi Menteri, Menteri pertahanan, atau Perdana Menteri. Mereka lah yang wujudkan konsep Ali Baba, konsep Kronisme, dan Konsep Kleptokrasi.


Setiap kali pilihan raya akan tiba, pemimpin-pemimpin melayu akan membaca skrip yang sama yang sama yang selalu digunakan untuk memancing undi dari orang2 Melayu! Apa Menteri dan wakil Rakyat dari parti melayu buat selama 65 tahun yang lalu? Mereka hanya cuma pandai dendang untuk undi dan mainkan sentiment rakyat.


Saya merayu kepada semua veteran ATM supaya kita bersatu untuk mengubahkan nasib kita secara bersepadu. Kita tidak boleh harap dengan pemimpin-pemimpin yang toksik ini. Kita perlu mencari Ulil-Amri yang di gariskan Allah SWT dalam Al-Qur'an.

Kita sudah memberi pemimpin-pemimpin toksik ini 14 kali PRU. Libih dari separuh tanah Rizab Melayu mereka gadaikan. Sawah dan bendang sekarang kepunyaan orang lain. Ayam, Daging, sayuran, dan makanan asas kita tak cukup. Mereka beri AP kepada kroni untuk import makanan yang membuat harga makanan melambung tinggi. Setiap kali PRU menjelang tiba mere beri dedak untuk orang Melayu miskin. Orang Melayu mudah balas budi dengan mengundi mereka. Bila mereka berkuasa mereka hanya bantu kepada kroni-kroni mereka dan keluarga mereka sahaja. Majoriti orang Melayu masih miskin tegar.


Orang Melayu melayu terutama Veteran ATM harus berani berubah. Kita perlu ubah pemimpin-pemimpin yang selama ini menipu kita. Kita harus gantikan pemimpin-pemimpin dengan pemimpin yang betul-betul sanggup berkorban untuk bangsa kita dan veteran yang berbilang kaum. Kita mesti bersatu untuk membangunkan socio-ekonomi kita sendiri. Jangan harap sangat dengan janji-janji orang-orang politik yang telah gagal membantu kita selama ini.


InsyaAllah kita akan berjaya.

Wassalam.


Mej Mior Rosli TUDM

1 view0 comments

Recent Posts

See All

507. AKIBAT DAN BALASAN RIBA

Kenapa masih ramai orang Melayu Islam masih hidup susah? Islam adalah agama Persekutuan tetapi adakah kita benar-benar patuh kepada...

Comments


bottom of page