Persatuan Pengguna Islam Malaysia PPIM merancang untuk memboikot produk berkaitan Israel.... Sebagai tanda tanda protes rakyat Malaysia
terhadap serangan regim Zionis ke atas Palestin hingga mengakibatkan ratusan
rakyatnya terkorban.
Ketua Aktivis PPIM Datuk Nadzim Johan berkata langkah untuk memboikot
barangan keluaran rejim zionis itu perlu berterusan. Bukan hanya semasa berlaku peperangan semata-mata.
Ekoran keupayaan masyarakat untuk menyekat pembelian produk Yahudi juga
dilihat sukar, pihaknya hanya memfokuskan pada 2 atau 3 jenis produk.
Ini bagi memastikan tindakan itu lebih efektif.
Tambah nya, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) juga harus bersatu dan
memastikan langkah boikot dilakukan selepas mengkaji latar belakang produk
berkenaan.
Jumaat lalu, tentera penjajah Israel menyerang rakyat Palestin dan jemaah yang
beribadah di Masjid Al-Aqsa. Tindakan tidak berkeperikemanusiaan itu mengguris perasaan umat Islam seluruh
dunia.
PPIM juga menyeru seluruh umat Islam memanjatkan doa serta bermunajat
kepada Allah SWT untuk keselamatan dan kesejahteraan umat Islam di sana dan
bersama-sama meneruskan bantahan sebagai solidariti bersama saudara kita di
bumi Palestin.
Sumber: TVPPIM
留言