KUALA LUMPUR – Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) mengutuk sekeraskerasnya kebiadapan serta perbuatan zalim zionis Israel terhadap Palestin.
Ketua aktivisnya, Datuk Nadzim Johan dengan ini menggesa agar kerajaan lebih
kuat bersuara mengenai penindasan terhadpa rakyat Palestin yang tidka
berkesudahan.
“Ada juga kenyataan daripada Wisma Putra semalam, tapi mereka patutnya lebih
kuat suara itu kerana ini melibatkan kemanusiaan.
“Dunia hari ini lemah sangat dalam pelaksanaan membela kebenaran, ia menjadi
satu trend bila ada tangan ghaib yang merencanakan segala ini,” katanya dalam
sidang media mengutuk serangan zionis Israel terhadap Palestin baru-baru ini.
Nadzim berkata demikian merujuk kepada kenyataan Wisma Putra yang hanya
mengeluarkan kenyataan mengecam sekeras-kerasnya pencerobohan dan serangan
tentera penjajah Israel serta pendatang haram yahudi ke atas rakyat Palestin dan
para jemaah yang beribadah di Masjid Al-Aqsa pada 7 Mei 2021.Dalam pada itu, Nadzim berkata Israel tidak pernah menghormati hak kesejahteraan
rakyat Palestin yang dirampas sejak tahun 1948.
Justeru, beliau berkata, pihaknya akan memulakan aktiviti boikot terhadap beberapa
produk yang dikaitkan dengan zionis itu.
“Kita akan senaraikan beberapa produk yang betul mewakili kepentingan zionis
Israel ini untuk kita edarkan dan dijadikan sasaran, nak boikot semua mungkin tidak
boleh tapi kita akan pilih satu dua produk yang mana umat Islam seluruh dunia akan
boikot.
“Saya rasa kita kena ambil teladan terutamanya umat Islam dengan apa yang
terjadi disebabkan kelemahan yang menjemput penjajahan. Kita kena buat sesuatu
yang akan memperkasakan diri kita,” katanya lagi.
Dalam pada itu, Presiden Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa
Malaysia (MHO), Dr Noorazman Mohd Samsuddin berkata, kerajaan Perikatan
Nasional perlu mengambil langkah drastik dengan memainkan peranannya di arena
antarabangsa.
Jelasnya, kerajaan mempunyai kuasa untuk menghantar sebarang bantahan
serangan Israel terhadap Palestin.
“Kerajaan ada kuasa dan pengaruh dan boleh buat sesuatu, jadi kita menyeru
kepada kerajaan jangan buat sidang media seperti kami NGO. Kami tidak ada kuasa,
tapi kerajaan ada kuasa untuk hantar bantahan terhadap serangan zionis Israel.
“Kena buat sesuatu, sekatan atau usul kepada United Nation untuk hantar pasukan
pengaman kepada kawasan yang dirampas, kalau zaman Tun Dr Mahathir dulu ada
jugak kita bersuara, sekarang tidak ada langsung.
“Kalau kerajaan tidak berani bercakap pada antarabangsa dan diluar pun sama,
bagaimana dengan rakyat Malaysia. Kami hanya boleh berdoa,” katanya dalam
sidang media yang sama.
Wisma Putra pada Sabtu berkata perbuatan zalim tersebut bukan sahaja perlu
dikecam sekeras-kerasnya malah zionis Israel mesti dipertanggungjawabkan ke atas
pelanggaran hak asasi manusia serta undang-undang antarabangsa.
Kenyataan satu muka surat itu menjelaskan ramai rakyat Palestin yang tercedera
dalam serangan tersebut yang disasarkan terhadap para jemaah yang sedang
menunaikan solat di hari-hari terakhir Ramadan. – MalaysiaGazette
Comments